MUA Sephora Mendedahkan 2 Kesilapan Yang Sering Wanita Lakukan Ketika Memakai Lipstik

Muka yang pucat kalau kita calit lipstik mesti dah jadi berseri-seri, kan? Kak Vana yakin lipstik ialah alat mekap pertama yang uols beli masa mula-mula belajar mekap.

Uols mungkin dah baca asas-asas pakai lipstik untuk dapatkan bibir cantik dengan lipstick Sobella yang kak Vana dah share sebelum ni. Dah cuba ke belum?

Walaupun nampak mudah nak pakai lipstik ni, tapi MUA Sephora, Helen Phillips berkata bahawa tidak memakai lipstik dengan betul mungkin merupakan kesilapan paling besar setiap wanita lakukan semasa bersolek.

Oh, tidak! Adakah uols perasan yang selama ni uols salah pakai lipstik?

Jom kita tengok apakah teknik memakai lipstik yang betul seperti yang telah ditunjuk ajar oleh MUA vendor kosmetik paling berpengaruh di dunia ini.

 

Pertama, uols tidak mengambil masa untuk memakai lipstik

 

Wanita di luar sana seringkali tergesa-gesa semasa memakai lipstik, kata Helen. Tabiat ini menyebabkan warna lipstik tak tahan sepanjang hari.

Selain daripada menggunakan primer bibir untuk menjadikan lipstik tahan lama, wanita-wanita sepatutnya menggunakan berus lipstik semasa memakai gincu jenis solid.

Penggunaan berus menjadikan bibir terbentuk dengan cantik terutamanya jika bentuk bibir telah dilukis terlebih dahulu

Teknik melukis bibir dahulu sebelum memakai lipstik juga menjadikan bibir lebih mudah untuk touch up kerana sudah ada guide yang membentuk bibir.

Teknik inilah yang sebenarnya menjadikan warna gincu tahan lama sepanjang hari. Jadi ambillah masa sedikit untuk pakai gincu tu ye.

 

Kesilapan kedua, uols memuncungkan bibir untuk meratakan warna gincu.

 

Memuncungkan bibir semasa memakai lipstik akan membuatkan membuatkan garis-garis bibir jelas kelihatan dan gincu tidak rata.

Untuk mendapatkan warna bibir yang rata dan mengurangkan garis bibir jelas kelihatan, adalah lebih baik uols senyum lebar semasa memakai gincu. Warna akan menjadi rata dan mengurangkan garis-garis halus pada bibir.

Itulah 2 tips yang telah dikongsikan oleh Helen Philips selaku MUA Sephora. Jadi bukan saja kena tahu cara pilih lipstik yang betul untuk atasi masalah bibir kering, tapi cara pakai pun penting juga untuk nampak cantik.

Jangan lupa cuba tips-tips di atas. Pasti senyuman uols tampak lebih menawan lepas ni.

 

Sumber: Insider

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

MORE Beauty SHARES FOR YOU

Leave a comment

Nak shopping? Klik link di bio (https://t.co/ihdREJXfdu) dan masukkan code masa checkout

#sobella #sobellalipmatte #sobellalipstick #sobellaeyeshadow https://t.co/Qbus2Ge7kE

Ok guys disebabkan dah ramai ajar tutorial edit gambar, so kali ini aku nak share tutorial videography and basic editing

Tak kisah cukup 10rt ke tak aku nak buat jugak 😂

Salam hujung minggu uols!
.
Ada yang keluar outing dengan bff ke hari ni?
.
Selet sikit Partner in Crime boleh buat uols rewind balik story-story nakal uols pernah buat sama-sama, tak gitu.
.
Kejap, uols dah ada… https://t.co/eGJxYVa2Ks

3 kaler bold untuk Friendship Edition
.
- Nak nampak feminin, pilih Dear Bestie
- Nak look yang sexyyy, pilih Partner in Crime
- Natural look? Go for My BFF

Uols pilih yang mana?

#sobella #sobellakotabharu… https://t.co/WS8Mw4dyqq

Bila Dear Bestie di’ombre’ dengan Partner in Crime. Wuu, nangis tengok sebab cantik yang amat

#sobella #sobellakotabharu #agentsobella #agentsobellakotabharu #sobellakelantan https://t.co/RXepa6rIVE

Ada lagi ke yang x grab stok liptint harga sale ni? Last day dah uols. Klik link website kat bio untuk shopping. https://t.co/0UWoH0wR7S

Stok buah2 😄 dah mendarat semalam. Nanti kita share harga sale sebab sale masih berjalan sampai Khamis https://t.co/AGsgXRhOVB

Load More...