Betulkah Lipstik Jenis Matte Tak Sesuai Untuk Bibir Kering?

Hai, bertemu kita dalam Tips & Trik di Sobella Cosmetics.

Lipstik merupakan penyeri wajah yang paling penting dalam kit makeup ramai wanita. Kak Vana percaya lipstik mesti antara item makeup pertama yang uols beli, kan?

Terdapat beberapa jenis lipstik dalam pasaran. Tapi yang trending sekarang ialah dari jenis matte.

Namun begitu, ramai wanita di luar sana mengadu yang lipstik jenis matte atau popular dengan terma lipmatte ini menyebabkan bibir kering dan merekah. Lalu, ada yang ragu-ragu untuk membeli dan memakai lipmatte kerana risaukan masalah ini.

Betul atau tidak lipstik jenis matte ini tak sesuai untuk bibir kering?

Jom, kita kupas dalam blog post ini.

 

Kandungan Asas Lipmatte

 

Setiap lipstik yang ada di pasaran, mempunyai bahan asas seperti minyak, pigmen dan wax (lilin). Perbezaan bagi setiap jenis lipstik, samada ia matte atau tidak adalah bergantung kepada nisbah 3 bahan tersebut.

Betulkah Lipstik Jenis Matte Tak Sesuai Untuk Bibir Kering? 1

Umumnya, lipmatte mempunyai kandungan wax dan pigmen yang lebih banyak untuk menghasilkan warna yang lebih terang dan tahan lama – 2 ciri utama lipstik idaman semua wanita.

Justeru, lipmatte mempunyai kurang kandungan minyak berbanding lipstik dari jenis gloss, menyebabkan tekstur lipmatte lebih kering dan mudah melekat pada rekahan bibir.

Uols juga perlu tahu cara untuk memilih jenis lipstik yang sesuai untuk bibir kering.

Sekarang kita telah faham mengenai konsep lipmatte, jadi bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah bibir kering semasa menggunakan lipstik jenis matte?

 

Cara menggunakan lipstick jenis matte untuk bibir kering

 

Uols boleh ikut 4 cara mudah ini.

1. Prep bibir anda. Exfoliate untuk membuang sel-sel mati dan kulit kering
Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, apabila lipmatte digunakan pada bibir yang kering, warna atau pigmennya cenderung untuk melekat pada rekahan pada bibir. Ini kerana kekurangan minyak dalam formulasi lipmatte menyebabkan sapuan lipmatte tidak rata pada bibir yang kering.

Jadi untuk mendapatkan sapuan yang cantik dan sekata, uols mesti scrub atau exfoliate bibir sebelum memakai lipmatte.

Uols boleh guna berus gigi yang berbulu lembut dan bersih untuk menghilangkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jika nak kesan yang lebih umph, uols boleh gunakan resipi skrub bibir yang mudah seperti di bawah:

  • Gula
  • Minyak zaitun
  • Madu

Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan urut perlahan-lahan pada bibir selama 1-3 minit. Bilas sebersih-bersihnya. Gerenti bibir uols lebih lembut dan lipstik menjadi lebih sekata jika selalu amalkan.

 

2. Tingkatkan kelembapan

Kalau dah namanya bibir kering, uols wajib gunakan moisturizer. Antara jenis moisturizer yang uols lip balm, minyak argan, minyak kelapa atau Vaseline.

Betulkah Lipstik Jenis Matte Tak Sesuai Untuk Bibir Kering? 2

Awas, periksa dulu kandungan lip balm sebelum membelinya. Lip balm yang mengandungi asid hyaluronik dan gliserin boleh mengeringkan lagi bibir uols dan semestinya hasil pemakaian lipmatte tak akan cantik.

 

3. Tapi, berpada-pada juga menggunakan pelembap
Kalau uols sapu terlalu banyak pelembap pada bibir, nanti lipmatte dah hilang cirinya dan bertukar menjadi gloss pula. Untuk mengekalkan kelembutan dan kelembapan bibir yang sudah diskrub, uols gunakan primer khas untuk bibir.

Bonus menggunakan primer ialah warna lipstik akan menjadi lebih terang dan sangat hampir dengan warna lipmatte yang kita lihat pada packaging.

 

Cara untuk pastikan warna lipstick tahan lama dan sempurna di bibir sepanjang hari

 

1. Gunakan lip liner
Lip liner akan membentuk sempadan pada bibir. Ia memastikan lipmatte tidak melekat pada garisan yang ada sekitar bibir, Penggunaan lip liner juga memastikan warna lipmatte tahan lebih lama.

 

2. Lipmatte perlu maintenance
Biasanya kalau uols guna gloss, uols boleh pakai dan tak perlu fikir banyak samada warna lipstik ok ke tak. Tetapi bila uols menggunakan lipmatte, uols wajib bawa cermin dalam beg dan sentiasa periksa warna lipmatte yang dipakai. Sentiasa touch up balik selepas makan dan minum supaya warna sentiasa cantik di bibir. Kalau bibir uols masih kelihatan kering, uols cuba touch up dengan sedikit lipbalm.

Kalau uols sedang cari lipmatte yang bagus untuk bibir kering, cubalah Sobella Honey Lipmatte. Liquid lipstick keluaran Sobella mengandungi minyak argan untuk membantu memberi kelembapan extra pada bibir dan juga ekstrak madu yang boleh mencerahkan bibir. Bibir uols pasti lebih cantik dengan lipstick Sobella.

Sobella Honey Lipmatte ini tahan sehingga 8 jam dan mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta bebas paraben.

Stok untuk setiap edisi sangat limited. Jom dapatkan sekarang.

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

MORE Beauty SHARES FOR YOU

Leave a comment

Product added successful

Nak shopping? Klik link di bio (https://t.co/ihdREJXfdu) dan masukkan code masa checkout

#sobella #sobellalipmatte #sobellalipstick #sobellaeyeshadow https://t.co/Qbus2Ge7kE

Ok guys disebabkan dah ramai ajar tutorial edit gambar, so kali ini aku nak share tutorial videography and basic editing

Tak kisah cukup 10rt ke tak aku nak buat jugak 😂

Salam hujung minggu uols!
.
Ada yang keluar outing dengan bff ke hari ni?
.
Selet sikit Partner in Crime boleh buat uols rewind balik story-story nakal uols pernah buat sama-sama, tak gitu.
.
Kejap, uols dah ada… https://t.co/eGJxYVa2Ks

3 kaler bold untuk Friendship Edition
.
- Nak nampak feminin, pilih Dear Bestie
- Nak look yang sexyyy, pilih Partner in Crime
- Natural look? Go for My BFF

Uols pilih yang mana?

#sobella #sobellakotabharu… https://t.co/WS8Mw4dyqq

Bila Dear Bestie di’ombre’ dengan Partner in Crime. Wuu, nangis tengok sebab cantik yang amat

#sobella #sobellakotabharu #agentsobella #agentsobellakotabharu #sobellakelantan https://t.co/RXepa6rIVE

Ada lagi ke yang x grab stok liptint harga sale ni? Last day dah uols. Klik link website kat bio untuk shopping. https://t.co/0UWoH0wR7S

Stok buah2 😄 dah mendarat semalam. Nanti kita share harga sale sebab sale masih berjalan sampai Khamis https://t.co/AGsgXRhOVB

Load More...