Jarang-jarang kita baca dan dengar tentang khasiat kayu manis, rempah ratus yang wajib ada di dapur. Siapa sangka kulit kayu manis yang selalu kita gunakan semasa menumis makanan sebenarnya boleh digunakan dalam rutin kecantikan dan kesihatan. Kulit kayu manis bukan hanya menjadi penyedap kepada gulai dan sup, tetapi boleh membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan kesakitan dan juga digunakan untuk meningkatkan kesihatan diri.
Berikut merupakan 4 khasiat kayu manis:
Menjadikan bibir lebih mungil
Kulit kayu manis merupakan antara bahan yang digunakan dalam lip plumper yang dijual di pasaran selain menthol dan kafein. Rempah ratus ini dipercayai menyebabkan saluran darah mengembang dan menjadikan bibir lebih tebal serta mungil. Uols tak perlu belanja banyak untuk beli lip plumper. Cuba resipi ini untuk mendapatkan bibir seksi.
- Sebatang kulit kayu manis atau serbuk kulit kayu manis
- Lip gloss atau petroleum jeli
Kulit kayu manis disagat halus dan dicampurkan ke dengan lip gloss atau petroleum jeli. Sapu pada bibir dan biarkan selama 5 minit. Bilas bibir dan sekarang uols boleh pakai mana-mana lipstik yang uols suka.
Mengecutkan jerawat
Uols yang ada masalah kulit berjerawat, boleh cuba menggunakan kulit kayu manis kerana ia mempunyai ciri-ciri anti-keradangan. Kulit kayu manis boleh mengurangkan kesan kemerahan akibat jerawat dan mengecilkan liang pori-pori.
Campurkan 3 sudu besar madu dengan 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis. Sapu pada wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum membilas. Pastikan uols test dulu sedikit sebelum menggunakan pada seluruh wajah, bimbang kalau-kalau campuran madu dengan kulit kayu manis ini tak sesuai dengan kulit uols.
Mengurangkan kesakitan akibat senggugut
Kulit kayu manis boleh melancarkan peredaran darah di sekitar abdomen dan mengurangkan ketegangan otot pada bahagian peranakan. Mudah saja caranya. Uols boleh campurkan sebatang kulit kayu manis ke dalam kopi o atau teh o dan minum untuk melegakan sakit senggugut.
Meningkatkan mood
Aroma yang dihasilkan oleh rempah serbaguna ini mampu memberikan rasa tenang dan meningkatkan mood uols. Tapi, jaga-jaga, jangan sapu direct pada kulit kerana mungkin ia tidak sesuai. Sebaliknya, uols boleh campurkan beberpa titik minyak kulit kayu manis ke dalam 1 auns (30ml) air dan masukkan dalam botol spray bersaiz mini. Semburkan setiap kali uols merasa tegang untuk memulihkan kembali mood.