Kenali Jenis Lipstik Yang Ada Dalam Pasaran

Kalau makeup tak pakai lipstik, rasa macam tak lengkap je kan? Tapi uols tau tak, kalau tak kenal jenis lipstik mana yang patut uols pakai, makeup boleh jadi tak naik seri, tak pun disaster terus!

Bibir yang cantik bermula daripada cara pilih lipstik yang betul gitewww.

Jadi hari ini, mari kita berkenalan dengan jenis-jenis lipstik yang biasa dijual di pasaran. Tak wajib pun uols ada semua. Bergantung pada look yang uols nak dan beberapa kerap uols mungkin guna. Tapi uols mesti tau asas-asas pakai lipstik supaya bibir nampak cantik bila pakai lipstick.

 

Lipstik jenis krim (Cream Lipstick)

Lipstik jenis ini merupakan penyelamat kepada wanita-wanita yang mempunyai bibir nipis. Warna lipstik jenis krim biasanya lebih sekata, mudah dipakai dan kurang bersinar. Namun begitu, ia tidak begitu kering berbanding matte dan lebih mudah comot. Kalau nak warna yang lebih cantik, sapukan sedikit lip gloss. Lipstik jenis krim mempunyai kandungan wax yang lebih berbanding jenis lipstik yang lain, jadi ia tahan lama dan melindungi bibir daripada kering. Selalunya cream lipstick mempunyai kandungan tambahan yang baik untuk bibir seperti vitamin E dan aloe.

Bila anda patut pakai? Sewaktu bekerja atau outing hujung minggu

 

Lipstik jenis gloss (Gloss Lipstick)

Gloss juga sangat popular di kalangan mereka yang mempunyai bibir kecil dan nipis kerana ia menjadikan bibir bersinar dan nampak lebih besar lagi seksi. Kalau uols ada masa, cuba sapu lipstick matte terlebih dahulu sebelum memakai gloss. Warna lipstik akan menjadi lebih terang dan bersinar. Lipstik jenis gloss ini boleh membuatkan pemakai nampak lebih muda dan glowing.

Bila anda patut pakai? Ketika shopping, untuk looke yang lebih feminin dan fresh atau majlis makan malam

Kenali Jenis Lipstik Yang Ada Dalam Pasaran 1

 

Lipstik jenis matte (Matte Lipstick)

Kalau uols tak suka bibir nampak bersinar, uols boleh dapatkan flat look dengan menggunakan lipstik jenis matte. Lipstik jenis ini sesuai untuk mereka yang gemarkan warna-warna terang dan tekstur yang sekata. Lipstik matte mengandungi lebih banyak kandungan wax, menjadikan ia tahan lama dan tak perlu mengoles berulang kali. Uols yang mempunyai bibir kering, jangan takut untuk memakai lipstik jenis matte atau lipmatte. Ada caranya untuk memilih lipstik yang sesuai dan uols kena tahu cara memakai lipmatte bagi yang mempunyai bibir kering.

Bila anda patut pakai? Sewaktu bekerja, dating dengan pasangan atau sewaktu melancong

lipmatte sobella

 

Lipstik jenis satin atau sheer (Sheer Lipstick)

Lipstik ini mempunyai ciri-ciri pertengahan antara lisptik jenis krim dan matte. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai bibir kering, kerana ia melembapkan bibir di samping memberikan efek sedikit bersinar dan glossy. Lipstik jenis sheer mempunyai kandungan minyak yang lebih banyak, menjadikan ia tidak tahan lama dan perlu touch up berulang kali. Warnanya juga kelihatan lebih gelap di dalam packaging berbanding selepas di sapu pada bibir.

Bila anda patut pakai? Sesuai untuk dipakai setiap hari serta ketika menghadiri majlis makan malam

 

Lip stain

Kalau uols nak warna bibir yang betul-betul tahan lama, dapatkan lip stain. Lip stain mempunyai karakteristik seperti matte – , warnanya terang tanpa efek berkilat, tetapi dalam konsistensi yang lebih cair. Ia biasanya tahan sehingga 8-12 jam selepas kering. Jangan lupa untuk menggunakan makeup remover semasa membersihkan bibir daripada lip stain.

Bila anda patut pakai? Bila anda tak nak makeup heavy

Kenali Jenis Lipstik Yang Ada Dalam Pasaran 2
Cosmopolitan

 

Lip tint

Lip tint pula merupakan pewarna bibir jenis cecair yang popular dalam industri kosmetik Korea. Warnanya lebih senang untuk ditanggalkan dan meresap ke dalam bibir berbanding lipstik biasa. Lip tint boleh mengeringkan bibir, jadi pastikan uols pakai lip balm terlebih dahulu sebelum memakai lip tint.

Bila anda patut pakai? Santai-santai di rumah atau bila uols nak nampak natural.

Sobella Liptint

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

MORE Beauty SHARES FOR YOU

Leave a comment

Nak shopping? Klik link di bio (https://t.co/ihdREJXfdu) dan masukkan code masa checkout

#sobella #sobellalipmatte #sobellalipstick #sobellaeyeshadow https://t.co/Qbus2Ge7kE

Ok guys disebabkan dah ramai ajar tutorial edit gambar, so kali ini aku nak share tutorial videography and basic editing

Tak kisah cukup 10rt ke tak aku nak buat jugak 😂

Salam hujung minggu uols!
.
Ada yang keluar outing dengan bff ke hari ni?
.
Selet sikit Partner in Crime boleh buat uols rewind balik story-story nakal uols pernah buat sama-sama, tak gitu.
.
Kejap, uols dah ada… https://t.co/eGJxYVa2Ks

3 kaler bold untuk Friendship Edition
.
- Nak nampak feminin, pilih Dear Bestie
- Nak look yang sexyyy, pilih Partner in Crime
- Natural look? Go for My BFF

Uols pilih yang mana?

#sobella #sobellakotabharu… https://t.co/WS8Mw4dyqq

Bila Dear Bestie di’ombre’ dengan Partner in Crime. Wuu, nangis tengok sebab cantik yang amat

#sobella #sobellakotabharu #agentsobella #agentsobellakotabharu #sobellakelantan https://t.co/RXepa6rIVE

Ada lagi ke yang x grab stok liptint harga sale ni? Last day dah uols. Klik link website kat bio untuk shopping. https://t.co/0UWoH0wR7S

Stok buah2 😄 dah mendarat semalam. Nanti kita share harga sale sebab sale masih berjalan sampai Khamis https://t.co/AGsgXRhOVB

Load More...