Cara Memilih Lipstik Untuk Bibir Kering

Tak best kan kalau bibir kering? Biasanya masalah bibir jadi kering ni terjadi bila uols kurang minum air atau cuaca terlalu kering. Paling ngeri bila bibir berdarah-darah. Takutnya!

Lagi satu, masalah yang sangat mengganggu wanita-wanita yang mempunyai bibir kering ialah tak cantik bila pakai lipstik jenis matte. Sebab tu ramai wanita yang ada masalah bibir kering risau nak pakai lipstik jenis matte.

Ya lah kan. Kalau bibir kering, kena pakai lip balm atau letak sikit vaseline untuk jadikan bibir lembap. Sedangkan kita ni pakai lipstik jenis matte sebab nak flat look, tak nak bibir nampak bersinar basah-basah tu. Jadi hari ni kak Vana nak share cara pilih lipstik dan masih boleh dapatkan warna lipstik yang menawan untuk uols yang mempunyai masalah bibir kering.

  1. Skrub bibir dan gunakan primer sebelum memakai lipstik

    Tidak kiralah uols memakai mana-mana jenis lipstik pun samada mengeringkan seperti lipmatte atau tidak, jangan lupa 2 langkah ini : skrub bibir dan sapu primer. Ini adalah asas kepada memakai lipstik yang betul selain daripada mengelakkan diri daripada melakukan 2 kesilapan besar semasa memakai lipstik seperti yang telah diceritakan oleh makeup artist jenama Sephora dalam post yang lepas.

    Kalau bibir uols terlalu kering, gunakan kain lembut untuk membuat kulit-kulit mati. Uols juga boleh DIY sendiri skrub bibir menggunakan madu dan gula. Campur kedua bahan tersebut dan sapu pada bibir dan skrub menggunakan tuala lembut, kapad atau berus gigi berbulu lembut. Kemudian gunakan balm sebagai primer sebelum menggunakan lipstik kerana bibir kering memerlukan ekstra kelembapan.

  2. Jangan sesekali menjilat bibir anda.

    Perbuatan menjilat bibir akan menjadikan bibir semakin merekah dan kering kerana apabila air liur anda tersejat, bibir uols akan menjadi semakin teruk.

  3. Elakkan beeswax dan juga hindari daripada menggunakan lipstik yang bersifat tahan lama.

    Beeswax banyak digunakan dalam lipstik dan lip balm. Beeswax sebenarnya tidak boleh diserap ke dalam bibir. Ia hanya membentuk satu lapisan nipis di luar bibir. Oleh itu, ia tidak mempunyai sifat melembapkan. Selain itu elakkan produk bibir yang mempunyai kandungan camphor, phenol dan menthol kerana bahan ini boleh mengeringkan bibir. leain itu, elakkan juga menggunakan lipstik yang mempunyai formula untuk tahan lama kerana ia tidak memberi kelembapan kepada bibir.

  4. Pilih lipstik yang ada bahan untuk melembapkan dan merawat bibir

    Kulit bibir kita ni memang sangat nipis dan senang sangat merekah bila kering. Jadi uols perlu baca dulu kandungan dalam lipstik yang uols nak beli. Terdapat beberapa jenis bahan yang uols perlu cari dalam label kandungan lipstik sebelum buat keputusan untuk membeli:

    • Hyaluronic acid: Bahan ini memang terkenal dengan sifat melembapkan dan banyak digunakan dalam pencuci muka, serum dan moisturizer. Cuma uols yang tengah mengandung kalau boleh elakkan guna produk-produk yang ada hyaluronic acid.
    • Jojoba oil: Bersifat memerangkap kelembapan dan memberi perlindungan kepada kulit daripada unsur-unsur luar yang mengeringkan kulit seperti cuaca sejuk. Juga mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang boleh merawat bibir bermasalah.
    • Shea butter: Memberi kelembapan yang ekstra kerana mengandungi banyak vitamin dan asid lemak. Ia juga mempunyai ciri anti-keradangan.
    • Grapeseed oil: mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi dan beberapa jenis vitamin untuk melembapkan dan melindungi kulit daripada radikal bebas.
    • Roseflower wax: Bahan smulajadi yang merawat dan melembutkan kulit bibir.
    • Aloe vera: Banyak digunakan dalam produk merawat sunburn, ia juga digunakan untuk merawat bibir kering dan merekah.

Untung sangat uols sebab Sobella mengeluarkan lipmatte yang mengandungi shea butter sebagai pelembap dan aloe vera yang berfungsi untuk merawat bibir kering.

Selain itu, uniknya lipmatte Sobella ni ia merupakan lipmatte bermadu pertama di Asia! Ekstrak madu ditambahkan ke dalam kandungan liquid lipstick Sobella ini untuk merawat bibir yang bermasalah dan mencantikkan bibir yang kehitaman supaya nampak lebih pink.

Uols boleh baca kisah-kisah bagaimana lipmatte Sobella ini berjaya membantu pelanggan-pelanggan yang sebelum ini mempunyai masalah untuk memakai lipmatte.

Cara Memilih Lipstik Untuk Bibir Kering 1

lipstik untuk bibir kering

Jom dapatkan lipstick Sobella dan cantikkan bibir uols hari ini juga. Jangan lupa klik Shop untuk start shopping!

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

MORE Beauty SHARES FOR YOU

Leave a comment

Nak shopping? Klik link di bio (https://t.co/ihdREJXfdu) dan masukkan code masa checkout

#sobella #sobellalipmatte #sobellalipstick #sobellaeyeshadow https://t.co/Qbus2Ge7kE

Ok guys disebabkan dah ramai ajar tutorial edit gambar, so kali ini aku nak share tutorial videography and basic editing

Tak kisah cukup 10rt ke tak aku nak buat jugak 😂

Salam hujung minggu uols!
.
Ada yang keluar outing dengan bff ke hari ni?
.
Selet sikit Partner in Crime boleh buat uols rewind balik story-story nakal uols pernah buat sama-sama, tak gitu.
.
Kejap, uols dah ada… https://t.co/eGJxYVa2Ks

3 kaler bold untuk Friendship Edition
.
- Nak nampak feminin, pilih Dear Bestie
- Nak look yang sexyyy, pilih Partner in Crime
- Natural look? Go for My BFF

Uols pilih yang mana?

#sobella #sobellakotabharu… https://t.co/WS8Mw4dyqq

Bila Dear Bestie di’ombre’ dengan Partner in Crime. Wuu, nangis tengok sebab cantik yang amat

#sobella #sobellakotabharu #agentsobella #agentsobellakotabharu #sobellakelantan https://t.co/RXepa6rIVE

Ada lagi ke yang x grab stok liptint harga sale ni? Last day dah uols. Klik link website kat bio untuk shopping. https://t.co/0UWoH0wR7S

Stok buah2 😄 dah mendarat semalam. Nanti kita share harga sale sebab sale masih berjalan sampai Khamis https://t.co/AGsgXRhOVB

Load More...